JANGANLAH MENGAMBIL KESEMPATAN KE ATAS KESEMPITAN ORANG LAIN

Peringatan di bawah ini sebagaimana yang telah di maklumkan kepada orang ramai supaya berhati-hati dengan individu atau syarikat yang menawarkan perkhidmatan tersebut.


PERMOHONAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT ADALAH PERCUMA

1. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ada menerima aduan berkenaan kewujudan pihak-pihak tertentu yang mengenakan bayaran bagi khidmat pengisian borang permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

2. Sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) yang diamanahkan untuk mengelola bantuan khas kerajaan ini, LHDNM ingin menegaskan bahawa permohonan BPR ini adalah percuma dan tiada sebarang bayaran yang akan dikenakan kepada setiap pemohon.

3. LHDNM juga tidak pernah melantik mana-mana pihak untuk memberikan khidmat pengisian borang BPR tersebut.

4. Setiap permohonan yang diterima sama ada secara dalam talian mahu pun secara borang kertas akan disemak mengikut prosedur yang telah ditetapkan dan tiada keistimewaan tertentu yang akan diberikan.

5. Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan perkara ini boleh dimajukan kepada LHDNM melalui:

a) Talian Hotline BPR LHDNM 1-800-88-2747;
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas

Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

☎ : 03-8313 8888 samb. 21658/21666/21695/21674/21663
📠 : 03-8313 7873
📱 : Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)
🌐 : Portal Rasmi : www.hasil.gov.my

Tarikh: 08 Februari 2021

***************

Sebarang pertanyaan/perkhidmatan percukaian @ setiausaha syarikah S/B @ perakaunan @ SST custom boleh dengan pihak kami di talian 07-2323 163 @ 014-7747 439 @ wassap kami di link berikut www.wasap.my/60147747439/saya+tanya+berkaitan





Comments

Popular posts from this blog

MELANGKAH KE TAHUN BAHARU 2021 (CP500)

PEMBAYARAN CUKAI SYARIKAT