MELANGKAH KE TAHUN BAHARU 2021 (CP500)

1. NOTIS BAYARAN ANSURAN CP500

Notis bagi Tahun Taksiran 2021 telah dikeluarkan kepada pembayar cukai. Bagi pembayar cukai berpendapatan perniagaan yang tidak menerima notis tersebut, semakan boleh dibuat melalui MyTax di Portal Rasmi www.hasil.gov.my


2. BAYARAN MELALUI POS DAN KURIER

Mulai 1 Jan 2021, LHDNM tidak akan menerima bayaran yang dihantar melalui pos dan kurier melainkan bayaran Cukai Keuntungan Harta Tanah (Seksyen 21B ACKHT 1976), Cukai Pendapatan Penghibur Awam, Cukai Pegangan dan Kompaun.


3. PROGRAM MEMFAIL BORANG NYATA (BN) BAGI TAHUN 2021

Dokumen tersebut boleh diakses dan dimuat turun :


i. Portal Rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my ; atau

ii. http://www.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBN_2021_1.pdf


4. MyTax

MyTax adalah gateway kepada perkhidmatan dalam talian yang disediakan oleh LHDNM kepada pembayar cukai, dalam bentuk paparan dashboard yang lebih moden. Sila layari Portal MyTax di https://mytax.hasil.gov.my/


5. WAKTU OPERASI KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN DAN KAUNTER BAYARAN DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

Waktu operasi kaunter pada hari bekerja negeri di semua cawangan LHDNM dan Pusat Khidmat Hasil (PKH) adalah dari jam 8.00 pagi sehingga jam 1.00 tengah hari. Waktu operasi kaunter bayaran Duti Setem di PKH adalah mulai jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Bagi bayaran cukai, kaunter penerimaan tunai adalah dari jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari dan selain tunai sehingga jam 3.00 petang. Sebagai alternatif, Borang Maklumbalas Pelanggan di https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/   boleh digunakan untuk sebarang pertanyaan atau menggunakan Live Chat atau membuat panggilan ke Hasil Care Line.


6. ELAKKAN DARIPADA DITIPU

👉 Pembayar cukai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan setiap panggilan, mesej, e-mel mahupun surat yang diterima daripada LHDNM yang meragukan.

👉 Jangan dedahkan butiran diri dan perbankan.

👉 Pastikan bayaran tunggakan cukai dibuat hanya kepada LHDNM.

👉 Semak dahulu dengan LHDNM sekiranya anda ragu-ragu. Jangan biarkan anda menjadi mangsa scammer.

👉 Hubungi HASiL Care Line kami di 03-8911 1000 atau layari Portal Rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my jika ada sebarang pertanyaan atau permasalahan percukaian.


*********************************


Sebarang pertanyaan atau perkhidmatan boleh diajukan kepada saya di talian 014 - 7747 439 atau menerusi whatsapp hanya perlu klik sahaja link ini  👉👇👈👆  www.wasap.my/60147747439/pertanyaan+borang+cp500+lhdn


#EjenCukaiBerdaftar

#TrustedTaxAgent




Comments

Popular posts from this blog

PEMBAYARAN CUKAI SYARIKAT

JANGANLAH MENGAMBIL KESEMPATAN KE ATAS KESEMPITAN ORANG LAIN