PEMBAYARAN CUKAI SYARIKAT
Skim Ansuran CP204
Syarikat, perkongsian liabiliti terhad, badan amanah dan koperasi yang belum memulakan operasi tidak perlu mengemukakan Borang CP204
Bagi syarikat yang telah sedia beroperasi, anggaran cukai hendaklah dibayar secara ansuran yang sama banyak mulai bulan ke 2 tempoh asas bagi sesuatu tahun taksiran.
Contoh:
Jumlah bulan dalam tempoh asas |
= |
12 bulan |
|
|
Anggaran cukai |
= |
RM12,000 |
|
|
Ansuran bulanan |
= |
RM12,000 |
|
|
|
= |
RM12,000/12 |
= |
RM1000 |
Bagi syarikat yang baru beroperasi, bayaran ansuran bermula pada bulan ke 6 dalam tempoh asas sesuatu tahun taksiran misalnya dibayar pada bulan ke 6 selepas syarikat memulakan perniagaan.
Syarikat hendaklah membayar ansuran cukai yang telah dianggarkan selewat-lewatnya pada hari ke 15 setiap bulan.
Bayaran Baki Cukai
Apabila cukai sebenar bagi sesuatu tahun taksiran telah ditentukan, baki cukai iaitu cukai sebenar setelah menolak bayaran ansuran (jika ada) hendaklah dibayar tidak lewat daripada hari terakhir 7 bulan selepas tarikh penutupan akaun. Gunakan Slip Pengiriman Bayaran (Borang CP207) yang disediakan bersama Borang C apabila membuat bayaran.
Denda Di Bawah Skim Ansuran
Denda dalam bentuk kenaikan cukai akan dikenakan jika:
- Syarikat yang gagal membuat bayaran ansuran bulanan sepenuhnya dalam tempoh ditetapkan, bayaran ansuran bulanan yang tidak dijelaskan akan dinaikkan sebanyak 10% tanpa sebarang notis diperlukan dari LHDNM.
- Jika perbezaan di antara cukai sebenar dan anggaran cukai dipinda anggaran asal cukai (jika tiada anggaran cukai dipinda dikemukakan) melebihi 30% dari cukai kena dibayar, cukai akan dinaikkan sebanyak 10% ke atas perbezaan melebihi 30% tanpa sebarang notis tambahan. Formula pengenaan denda ialah:
Formula pengiraan amaun cukai yang dinaikkan seperti berikut;
Kenaikan cukai = [ (AT-ET) - (30%xAT) ] x 10%
Di mana:
AT: Cukai sebenar yang kena dibayar
ET: Anggaran cukai dipinda atau anggaran cukai asal (jika tiada anggaran cukai dipinda dikemukakan).
Penalti Lewat Bayaran Baki Cukai
Jika baki cukai tidak dibayar pada tarikh ditetapkan, penalti sebanyak 10% akan dikenakan. Jika amaun cukai dan penalti masih tidak dibayar selepas 60 hari dari tarikh ditetapkan, penalti tambahan sebanyak 5% akan dikenakan ke atas baki cukai dan penalti yang tidak dibayar.
Rayuan Ke Atas Penalti
Rayuan secara bertulis dalam tempoh 30 hari dari tarikh Notis Taksiran dikeluarkan perlu dikemukakan kepada Cawangan berkenaan (Unit Pungutan), jika syarikat tidak bersetuju terhadap penalti lewat bayar yang dikenakan.
Syarikat perlu menjelaskan tanggungan cukai walaupun rayuan dibuat.
Kaedah Pembayaran
Bayaran di kaunter bayaran LHDNM
Bayaran boleh dibuat di kaunter bayaran LHDNM. Setiap bayaran perlu disertakan dengan Slip Pengiriman Bayaran (Borang CP 207) yang dihantar kepada syarikat. Terdapat 3 kaunter bayaran LHDNM utama untuk membuat bayaran cukai iaitu di kaunter bayaran Jalan Tunku Abdul Halim bagi Semenanjung Malaysia, kaunter bayaran Kuching di Sarawak & kaunter bayaran Kota Kinabalu di Sabah.
Semenanjung Malaysia |
Sabah |
Sarawak |
Tingkat Bawah, Blok 8A, Kompleks Pejabat
Kerajaan Jalan Tunku Abdul Halim, 50600 Kuala Lumpur |
Tingkat Bawah, Wisma Hasil, Jalan Tunku Abdul
Rahman, 88600 Kota Kinabalu, Sabah |
Aras 1, Wisma Hasil, No.1 Jalan Padungan, 93100 Kuching, Sarawak |
Bayaran Secara Pos
Bayaran secara pos perlu dibuat menggunakan cek/draf bank berpalang dan dibayar kepada "KETUA PENGARAH HASIL DALAM NEGERI". Tuliskan nama dan nombor rujukan cukai pendapatan syarikat di belakang cek/draf bank. Syarikat diingatkan untuk tidak menghantar wang tunai melalui pos untuk bayaran. Cek/draf bank hendaklah dihantar ke alamat Pusat Bayaran Kuala Lumpur di Jalan Tunku Abdul Halim, Unit Pungutan Cawangan Kuching, atau Unit Pungutan Cawangan Kota Kinabalu. Untuk mendapatkan alamat lengkap cawangan-cawangan pungutan, sila buat pilihan faksimili di menu seterusnya.
Semenanjung
Malaysia |
Sabah |
Sarawak |
Lembaga Hasil Dalam
Negeri, Pusat Bayaran Kuala
Lumpur, Tingkat 15, Blok 8A, Kompleks Pejabat
Kerajaan Jalan Tunku Abdul Halim, Karung Berkunci 11061, 50990 Kuala Lumpur
|
Lembaga Hasil Dalam
Negeri, Unit Pungutan, Tingkat Bawah, 3 & 4 Wisma Hasil, Jalan Tunku Abdul
Rahman, 88600 Kota Kinabalu, Sabah |
Lembaga Hasil Dalam
Negeri, Unit Pungutan, Aras 1, Wisma Hasil, No. 1, Jalan Padungan, 93100 Kuching, Sarawak |
Bayaran Di Bank
Bayaran cukai juga boleh dibuat melalui semua cawangan bank CIMB Bank, Public Bank, Maybank, Affin Bank, Bank Rakyat, Bank Simpanan Nasional dan kaunter POS Malaysia di seluruh Malaysia. Sila gunakan slip bayaran CP 207 sebagai panduan untuk mengisi "Bank In Slip" LHDNM yang disediakan di kaunter bank berkenaan untuk bayaran. Slip bank yang dikeluarkan oleh bank ini boleh dijadikan sebagai bukti bayaran kerana LHDNM tidak akan mengeluarkan resit bayaran lain bagi pembayaran di bank.
Bayaran Melalui Perbankan Internet
Baki cukai atau bayaran ansuran CP204 juga boleh dilakukan secara terus menggunakan perkhidmatan perbankan internet Public Bank, Maybank, Hong Leong Bank, Citibank dan POS Online.
Selain itu, syarikat juga boleh menggunakan perkhidmatan ByrHASiL (https://byrhasil.hasil.gov.my/) yang disediakan di laman web ini. Perkhidmatan ini menggunakan kemudahan FPX (Financial Process Exchange) dan boleh digunakan bagi pengguna yang mempunyai perbankan internet dengan bank seperti pautan di bawah:
http://www.paynet.my/fpx/banks-tpa.htmlPengesahan penerimaan melalui perbankan internet perlu disimpan sebagai bukti bayaran telah dibuat.
Bayaran Cukai Melalui Pindahan Wang Dari Luar Negara
Bayaran cukai pendapatan melalui pindahan wang dari luar negara boleh dilakukan dalam dua kaedah iaitu:
a) Melalui Telegraphic Transfer (TT) / Interbank Transfer Giro(IBG) / Electronic Fund Transfer (EFT)
Pembayar cukai perlu menghubungi nombor berikut bagi mendapatkan prosidur bayaran menerusi pemindahan telegrafik:
- Nomber telefon : HASIL Care Line : 03-8911 1000 (panggilan dalam negara) atau 603-8911 1100 (panggilan dari luar negara)
- Nombor faks : 603-6201 9637, atau
- Alamat e-mel : HelpTTpayment@hasil.gov.my
Pembayar cukai yang membayar menerusi pemindahan telegrafik diwajibkan mengemukakan maklumat berikut bagi membolehkan akaun mereka dikemaskini:
- Nama Pembayar Cukai
- Nombor Rujukan Cukai
- Nombor Rujukan Transaksi TT/IBG/EFT
- Kod Bayaran Cukai (Rujuk Jadual Kod Bayaran di Perenggan f)
- Tahun Taksiran bayaran
- Bulan ansuran,jika ada. Sekiranya tiada, pihak LHDNM akan mengambilkira bulan semasa sebagai nombor ansuran
- Tarikh Bayaran
- Amaun Bayaran
Resit bayaran akan dikeluarkan bagi bayaran yang telah sah diterima oleh bank dan setelah semua maklumat lengkap bayaran diterima oleh LHDNM. Pembayaran tanpa pengemukaan maklumat lengkap akan menyebabkan kelewatan pengeluaran resit dan denda lewat bayar akan dikenakan.
b) Melalui Bank Draft
Pembayar cukai yang melakukan pindahan wang dari luar negara dengan kaedah ini perlu mengemukakan instrumen berikut:
- Nama Penerima (Bayar kepada) : Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri
- Nama dan alamat bank pembayar: Mesti "local paying bank" atau "local correspondence bank" supaya bank draft tersebut menjadi cek tempatan.
Pembayar cukai boleh membeli bank draft dalam matawang selain Ringgit Malaysia (RM). Pembayar perlu mengambilkira kadar pertukaran matawang yang sepatutnya pada hari pembayaran. Amaun bayaran adalah berdasarkan kadar pertukaran mata wang pada hari bank draft ditunaikan oleh LHDNM. Pembayar perlu memastikan maklumat bayaran dan pembayar ditulis di belakang bank draft dan diposkan ke alamat berikut:
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Pusat Bayaran Kuala Lumpur
Tingkat Bawah, Blok 8A
Kompleks Bangunan Kerajaan
50600 KUALA LUMPUR, MALAYSIA
Memohon Bayaran Baki Cukai Secara Ansuran
Sekiranya sehingga tarikh akhir bayaran bagi suatu tahun taksiran syarikat masih gagal menyelesaikan cukai yang sepatutnya dibayar bagi tempoh yang berkenaan syarikat bolehlah memohon untuk membuat bayaran ansuran baki cukai. Bagi tujuan ini, syarikat perlu mengemukakan surat rayuan kepada Unit Pungutan di cawangan fail fizikal anda berada sebelum tarikh akhir bayaran bagi tahun berkenaan. Namun begitu adalah diingatkan, sungguhpun rayuan diterima tetapi penalti lewat bayar tetap akan dikenakan.
Semak Kedudukan Cukai
Berkenaan Rekod Bayaran
Sebarang pertanyaan berkenaan rekod bayaran secara terperinci boleh dibuat dengan menelefon Unit Pungutan di mana fail fizikal anda berada.
Memohon Rekod Kedudukan Cukai
Sekiranya anda memerlukan penyata kedudukan cukai, anda boleh memohon untuk mendapatkannya dengan menelefon Unit Pungutan di mana fail fizikal anda berada atau menulis surat kepada unit yang sama di cawangan yang berkenaan.
Comments
Post a Comment